بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, dengan hati yang penuh khusyu’ dan tawadu’, kami bersyukur kepada-Mu kerana dengan keizinan dan kurniaan-Mu maka dapatlah kami berhimpun sempena Pemergian (…) bersama keluarga, yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah/haji pada hari yang mulia ini, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu ya Allah.

اللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ
Ya Allah, berikanlah keselamatan dan perlindungan kepada mereka semasa pergi dan kembali daripada menunaikan ibadah umrah/haji ini, juga keselamatan buat anak-anak serta harta benda yang ditinggalkan. Jauhkanlah mereka dari perasaan resah gelisah, gangguan kesihatan dan tidak selesa. Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta peliharalah mereka dengan dipermudahkanlah segala urusan, keselamatan zahir dan batin, harta benda serta keamanan di sepanjang perjalanan untuk menuju ke rumah-Mu, Baitullahil Haram serta mengunjungi ziarah makam nabi kami, Muhammad S.A.W.

اللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَديعَ السَّمَـٰوَاتِ وَاْلأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami juga memohon, peliharalah mereka dari segala mara bahaya, penyakit dan perasaan duka. Kurniakanlah kepada mereka umrah/haji yang mabrur. Amalan-amalan yang diterima, ziarah yang aman, doa-doa yang dimakbulkan serta dosa-dosa yang diampunkan.

اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى أَهْلِنَا وَأَمْوَالِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا، اللَّهُمَّ احْفَظْهُمْ وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُنْيَا وَعَاهَتِهِ، سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّالَهُ مُقْرِنِينَ وَإنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْناَ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ، بِسْمِ اللهِ مَجْرِيهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ، وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Doa Majlis Perkahwinan / Walimatul U'rus
Doa Setelah Majlis Tahlil
Scroll Up