….Ya Allah ya Tuhan kami, kami berhimpun pada kali ini dalam  UMNO Bahagian / Cawangan _________________,
Kami merafak sembah mohon restuMu
Mohon inayah keredhoaanMu…agar:
Menyatukan hati-hati kami dalam ikatan tali muhibbah
Rapatkan saf perjuangan kami dalam satu jemaah
Jadikan gerak langkah kami kuat dan teguh
Serta Kekalkan kami dalam usaha kerja yang bersungguh-sungguh

Wahai Tuhan seru sekalian alam
Jadikanlah parti kami ini di bawah lindunganMu
Sentiasa melaksanakan tugas tanggungjawab agamaMu
Mempertahankan hak ketuanan bangsa Melayu
Menjaga watan agar aman bahagia selalu

Ya Rahman Ya Rahim Ya Arhamarrahimin

Peliharalah kami, kasihanilah kami, bimbinglah kami
Dalam perjuangan yang masih belum selesai ini
Kurniakanlah kemudahan, janganlah kau susahkan
Berikanlah kesihatan, janganlah kesakitan
Turunkanlah kemenangan, janganlah kekalahan
Kurniakanlah kemuliaan, janganlah kehinaan

Ya Allah Ya Tuhan kami

Jika engkau berikan kami kesenangan
Berikanlah kami kesempatan untuk bersyukur
Jika engkau beri kami kepayahan dan cabaran
Berikanlah kami kekuatan untuk mengatasinya
Jika engkau beri kami kekuasaan
Berikan kekuatan dan kemampuan untuk kami mentadbir
Jika engkau menganugerahkan rezeki dan anak pinak
Berilah kemampuan untuk kami memakmurkannya dan mendidiknya

Allahumma Ya Hafizu Ya Raqiib

Harumlah hati-hati kami dengan attar rahmatmu
Taburlah bunga-bunga nikmat di hamparan perjuangan ini
Lembutkanlah hati musuh-musuh kami

Hindarlah percikan air kesumat musuh-musuh perjuangan
Sumpah laknat, caci maki dan umpat
Fitnah-fitnah yang ringan dan berat

Allahumma Ya Hayyun Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal-Iqram

Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

Ya Allah, pada hari ni kami bersama dengan pimpinan kami, justeru kau berikanlah peliharaan keselamatan dan kesihatan ke atas pemimpin kami, seluruh Exco-exco dan pemimpin-pemimpin sayap Parti yangdicintai ini Ya Allah, semoga mereka sentiasa di jauhkan dari segala kesulitan mahu pun kesusahan walau di mana mereka berada. Bekalkanlah mereka dengan rahmat kebijaksanaan semoga mereka dapat melaksanakan amanah dengan penuh cemerlang untuk agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbina a’la dini

Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah
Ampunilah kami, Kasihanilah kami, dan janganlah jadikan dosa-dosa kami
batu beban yang memberatkan perjuangan ini…

Doa Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan / Pertubuhan / Kelab / NGO
Doa Majlis Perkahwinan atau Walimatul 'Urus
Scroll Up