اَلْمَوْتُ مُفَارَقَةُ الرُّوحِ لِلْبَدَنِ لَا عَدَمَ الرُوحِ

“Kematian ialah bercerai roh dari badan bukan tiada roh“.

 ومَيِّتٌ بعمرِهِ مَنْ يُقْتَـــــــلُ  #  وغيرُ هذا باطِلٌ لَا يُقْبَـــــــــلُ # وَوَاجِبٌ اِيْمَانُنَـــــــا بِالْمَوْتِ   #   ويَقْبِضُ الروحَ رَسُـــــولُ الموتِ

Dan wajib kita beriman dengan  kematian, # Dan yang mencabut roh adalah utusan kematian (malaikat Izrail), Dan orang yang mati sebab (sampai) umurnya (seumpama) orang yang dibunuh, #  Dan selain (yang disebut) dari (mazhab Ahli Sunnah) adalah batil tidak diterima.

Menziarahi Pesakit

1. Hukumnya sunat muakkad

2. Adab menziarahi pesakit
– Mengucapkan kalimah yang baik dan mendoakan kesembuhannya”
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ , مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللَّهُ يَشْفِيكَ بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ”.
-Tidak berada lama di rumah pesakit.

3. Adab pesakit yang sakit
– Menjaga akhlak yang baik.
-Tidak berbalah dalam masalah dunia.
-Muhasabah untuk amalan terakhirnya.
-Menjaga sembahyang dan menjauhi maksiat.
-Bersabar dan bersyukur dengan ketetapan Allah.
-Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan perkara-perkara bid’ah di dalam menguruskan jenazahnya nanti.

4. Amalan terhadap pesakit yang hampir meninggal dunia:
-Mentalqinkan  pesakit dengan kalimah .(لا إله  إلا  الله )
-Mengucapkan kalimah yang baik.
-Membaca surah Yasin.
-Membaca surah Ar-Ra’d.
-Mengingatkan pesakit supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah.
-Jika pesakit berhajat kepada minum, berikan sedikit minuman.

Tanda-tanda Hampir Keluar Roh

-Bengkok hidung dan turun ke bawah.
-Kepis pelipis.
-Tegang semua anggota.
-Sejuk tapak kaki dan berubah warna kulit.

Alamat kematian yang baik:
-Berpeluh dahi.
-Mengalir air mata.
-Kering bibir mulut.

Alamat kematian yang buruk:
-Berbuih mulut.
-Mengeluarkan suara seperti himar.
-Terbeliak mata dengan begitu kuat.
-Hitam muka.
-Terjadi perkara-perkara aneh yang menakutkan tehadap si mati.
(Imam perbanyakkan doa untuk dipermudahkan urusan menguruskan jenazah)

Ziarah Arwah yang Baru Meninggal

  1. Pejamkan matanya.
  2. Ikat dagu serta kepalanya dengan ikatan yang lebar agar mulutny tidak ternganga.
  3. Letak di atas perutnya sesuatu penindih agar tidak kembung.
  4. Lembutkan sendi-sendi tubuhnya perlahan-lahan.
  5. Tempatkan jenazah di tempat yang dan tinggi dan arahkan kakinya ke kiblat.
  6. Tanggalkan pakaiannya dan tutupi dengan kain ke seluruh tubuhnya.
  7. Letakkan kedua tangannya di antara pusat–dada  seperti orang solat.
  8. Segerakan membayar hutangnya, jika ada.
  9. Menghebahkankematiannya terutama kepada ahli keluarganya.
  10. Perkara-perkara haram: Menjerit dan meratapi mayat, memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan sebagainya.
  11. Harus menangis dan hendaklah banyak bersabar.
Mandi Jenazah
Solat Jenazah