Cara-cara mengebumikan jenazah

1. Hendaklah diturunkan dengan didahulukan kepala jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana yang tenang. Disunatkan membaca doa:

بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ.

“Dengan nama Allah (kami letakkan kamu di sini dan berdasarkan agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW)”.

2. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke atas lambung kanan dengan mengadap kiblat. Kepalanya sunat diangkat dan dibantalkan dengan tanah.

4. Tutup liang lahad dengan papan.
5. Sunat meraub tanah tiga raub selepas memasukkan mayat ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan dibelakang mayat. Pada rauban pertama  bacakan  (منها  خلقناكم) pada rauban kedua (وفيها  نعيدكم)  dan pada rauban ketiga (ومنها  نخرجكم  تارة  أخرى).
6. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya  tanah  tidak  memasuki pada lubang  liang lahad tadi.
7. Sunat meniggikan kubur dari paras bumi sejengkal.
8. Sunat ditanam atasnya ranting kayu yang hidup dan sebagainya kerana hadis Rasulullah SAW.
9. Sekiranya dikebumikan di tanah perkuburan wakaf harus diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya yang bukan binaan supaya mudah dikenali.

Mengkafankan Jenazah