Solat secara berjemaah adalah sangat dituntut dalam Islam. Walaupun hukumnya tidaklah wajib kepada semua Muslim, tetapi ia merupakan Fardhu Kifayah. Seandainya dalam sesebuah kampung tersebut tiada orang yang melaksanakan Solat secara berjemaah terutamanya di Masjid atau Surau, maka satu kampung akan menanggung dosa. Hukum fardhu kifayah jatuh kepada mereka yang :
1. Lelaki merdeka yang bermukim (tidak musafir).
2. Berakal, baligh dan tidak bertelanjang.
3. Tidak uzur

Apakah solat berjemaah ?

• Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih
• Dilakukan secara bersama-sama
• Diketuai oleh seorang Imam
• Diikuti oleh makmum
• Niat berjemaah
• Tiada had bilangan makmum untuk berjemaah
• Semakin ramai bilangan jemaah, semakin besar pahala

Syarat Menjadi Imam

  1. Makmum tidak mengetahui atau meyakini bahawa solat imamnya batal. Jika makmum mengetahui, maka wajib bagi makmum untuk mufaraqah (keluar dari solat berjemaah)
  2. Imam jangan seorang ummi (buta huruf) sedangkan makmumnya seorang qari (fasih bacaannya)
  3. Imam jangan seorang perempuan sedangkan makmumnya seorang lelaki

Syarat Sah Solat Berjemaah

  1. Berniat mengikut / menjadi imam.
  2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
  3. Tidak mendahului imam dalam takbiratul ihram
  4. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
  5. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
  6. Solat makmum harus sama dengan solat imam.
  7. Makmum lelaki tidak boleh mengikut imam perempuan.
  8. Bacaan makmum   tidak kuat / nyaring seperti bacaan imam

Contoh Lafaz Niat mengikut rakaat

Solat Subuh : إمام : أُصلِّيْ فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ  أَدَاءً اِمَامًا لِلّهِ تَعَالََى
Solat Zuhur : إمام : أُصلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ  أَدَاءً اِمَامًا لِلّهِ تَعَالََى
Solat Maghrib : •إمام : أُصلِّيْ فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ  أَدَاءً اِمَامًا لِلّهِ تَعَالََى

Kedudukan Imam dan makmum

1. Seorang Imam Bersama Seorang Makmum Lelaki
2. Seorang Imam Bersama Dua Makmum Lelaki
3. Makmum Lelaki Dan Perempuan Dewasa
Bersama Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan
4. Seorang Imam Bersama Seorang Makmum Perempuan
Wirid Selepas Solat
Solat Jenazah