1. Alat-alat persiapan pengurusan jenazah
  2. Peralatan lengkap pengurusan jenazah
  3. Persediaan memandikan mayat
  4. Syarat jenazah yang diwajibkan mandi
  5. Syarat-syarat orang yang boleh memandikan mayat
  6. Hukum melihat dan menyentuh aurat si mati
  7. Perkara-perkara sunat semasa memandikan mayat
  8. Cara-cara memandikan mayat

Sebelum memandikan jenazah, imam / waris atau pengurus jenazah perlulah memastikan beberapa peralatan dibawah disediakan atau diuruskan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam mengurus jenazah nanti.

Alat-alat Persiapan Pengurusan Jenazah


1. Mengukur panjang mayat untuk diberi kepada penggali kubur. (Dalam kubur 6 kaki, panjang mengikut panjang mayat dan lebamya 3 – 4 kaki).
2. Papan penutup liang lahad sepanjang mayat.
3. Kain putih panjang 18 – 21 meter dan lebar 45 atau 60 inci.
4. Kapas 2 gulung.
5. Air mawar 1 botol/ air daun bidara.
6. Setangi.
7. Kapur barus.
8. Atar sebotol (tanpa alkohol).
9. Gunting.

Walaubagaimanapun yang paling baik, pakej lengkap telah disediakan terlebih dahulu seperti dibawah.

2. Peralatan Lengkap Pengurusan Jenazah

  1. Air Mawar
  2. Jug
  3. Apron Plastik
  4. Kapur Barus
  5. Debu Tayamum
  6. Topeng Muka ( Utk Jenazah Biasa)
  7. Topeng Muka Khas ( Utk Jenazah Berisiko )
  8. Sabun
  9. Serbuk Cendana
  10. Sarung Tangan Gamex
  11. Putik Kapas
  12. Minyak Wangi Tanpa Alkohol
  13. Plastik
  14. Kapas
  15. Sarung Tangan Biasa
  16. Kain Putih
  17. Gunting
  18. Apron Kalis Air
  19. Tikar Jerami

3. Persediaan memandikan mayat

  1. 3 buah bekas air. Bekas pertama diisi dengan air mutlak. Bekas kedua diisi dengan air bidara. Bekas ketiga diisi dengan air kapur barus.
  2. Sarung tangan 2 atau 3 helai.
  3. Kain sugi untuk penggosok pada badan mayat serta gigi dan kuku.
  4. Kain untuk menutup mayat semasa mandi. Seelok-eloknya berwarna gelap atau kain batik lepas.
  5. Sehelai tikar.
  6. Tanah debu untuk tayamum untuk mayat yang uzur.
  7. Sabun.
  8. Kain telekung (bagi perempuan).
  9. Serban dan baju/ gamis (bagi lelaki)
  10. Tempat mayat dimandikan hendaklah di bilik yang tertutup supaya tidak dilihat oleh orang yang tidak berkenaan.

4. Syarat Jenazah yang diwajibkan mandi

  1. Islam.
  2. Didapati anggota walaupun sedikit.
  3. Bukan anak keguguran sebelum 4 bulan.
  4. Bukan mati syahid dunia dan akhirat.

5. Syarat-syarat orang yang boleh memandikan mayat

  1. Manusia dari waris si mayat atau jin.
  2. Bukan pembunuh mayat.
  3. Bukan musuh si mayat.
  4. Orang yang jujur dan amanah.
  5. Bukan orang yang fasik.
  6. Orang yang ahli feqah atau mengetahui mandi mayat.

6. Hukum melihat dan menyentuh aurat si mati

  1. Menutup aurat si mati adalah wajib.
  2. Haram melihat dan menyentuh aurat si mati.

7. Perkara-perkara sunat semasa memandikan mayat

  1. Mengulangi mandian sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib  manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat. Mandian yang pertama dengan air mutlak, mandian kedua dengan air bidara dan mandian ketiga dengan air kapur barus.
  2. Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih. Sunat mewitirkan bilangan mandian.
  3. Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti kapur barus.
  4. Menggunakan air bidara atau sabun.
  5. Memasang setangi terutamanya ketika mengeluarkan najis untuk menghilangkan bauan yang busuk.
  6. Mengulangi melembut-lembutkan sendi setelah selesai memandikan untuk memudahkan pengkafanan.

8. Cara-cara memandikan mayat

  1. Hendaklah mayat disalin dengan kain nipis yang lembut untuk menutup tubuhnya diwaktu memandikannya.
  2. Letakkan dia di atas tempat yang disediakan sebaik-baiknya di tempat yang tinggi supaya tidak terkena percikan air yang jatuh dari badannya.
  3. Air yang digunakan hendaklah air sejuk biasa.

11. Kemudian dimandikan dahulu dibahagian kanan di sebelah hadapannya, dimulai dari tengkuk hinggalah hujung kaki, kemudian barulah di sebelah kiri. Sunat dibacakan doa ini: Ya Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau tempat kembali”.

13. Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib manakala yang ke dua dan ketiga adalah sunat. Sekiranya mandian yang ketiga masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan (diganjilkan bilangannya).
14. Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkan.
15. Mandian yang ketiga dan terakhir sunat dengan menggunakan air kapur barus atau wangian, tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.
16. Memandikan jenazah dengan menggunakan air sejuk biasa lebih afdhal daripada menggunakan air panas kecuali ketika berhajat.

18. Haram menelengkop jenazah.
19. Setelah selesai dimandikan, hendaklah disumbat duburnya dengan kapas. Jika mayat itu perempuan, eloklah diikat dengan kain sebagai cawat sesudah disumbat dengan kapas ke dalam kedua-dua kemaluannya.
20. Setelah itu diperlembutkan sendi-sendinya sekali lagi sebagaimana yang dilakukan setelah roh keluarnya, kemudian barulah dilapkan badannya dengan kain yang bersih lagi kering.

Mengkafankan Jenazah
Ziarah Pesakit dan Arwah Baru Meninggal