Auzubillahiminishayitanirrrajim.. Bismillahrirrahmanirrahim.  Alhamdulillahirrabil ‘alamni. Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin.  Hamdan Yuwafi ni’amahu wa yu kafiumazidah.

Allahuma salli’ala saidinia muhammdin waala alahi wasahbihi wabarik wasallim.

Ya Allah, ya tuhan kami.  Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu kami berserah dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabiin.

Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah, keyakinan yang benar Yang Allah, ilmu yang berguna,  hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati.

Engkau lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hati-hati kami.

Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu.

Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan (Nama Persatuan), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu.  Kau kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang berterusan Ya Allah.

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.  

Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk mempimpin kami, pimpinan yang mampu memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan hasrat dan matlamat yang sama-sama kami hajati.  Kurniakanlah kami dengan pimpinan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan setiap aktiviti. Pimpinan yang memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada  diri kami. Kau kuatkan persatuan ini dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran yang mantap.  Kau arahkanlah hati-hati kami untuk terus bekerjasama, saling hormat menghormati dan secara berterusan  mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang berkesan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.  Kau berkatilah segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan tanggungjawab hakiki kami, sama ada  sebagai pekerja syarikat, ataupun seorang isteri atau ibu  kepada keluarga kami Ya Allah.

Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau restui Ya Allah.  Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-membantu dan bertoleransi.  Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami berserah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan.

Doa Majlis Perhimpunan / Keramaian
Doa Majlis Perhimpunan UMNO